Bagaimana Perlindungan Kesihatan Pelawat Luar Negeri Berfungsi | Allianz Global Assistance

Apakah Perlindungan Kesihatan Pelawat Luar Negeri (OVHC)?

Perlindungan Kesihatan Pelawat Luar Negeri (OVHC) merupakan insurans kesihatan untuk pelawat antarabangsa yang melawat atau bekerja di Australia dengan visa sementara. OVHC disediakan untuk mereka yang datang ke Australia untuk bercuti, melawat saudara-mara, atau bekerja sementara waktu.

Jika anda jatuh sakit atau kemalangan semasa di Australia, OVHC Allianz Global Assistance akan membantu membayar kos perubatan anda.

Bilakah saya perlukan Perlindungan Kesihatan Pelawat Luar Negeri?

Kecuali anda warga negara Australia atau New Zealand, penduduk tetap Australia, atau warga sebuah negara yang mengikat Perjanjian Kesihatan Salingan dengan Australia, anda tidak layak mendapat Medicare - sistem insurans kesihatan awam. Tanpa kemudahan Medicare, rawatan perubatan boleh menjadi sangat mahal.

Jika visa anda tertakluk pada syarat 8501, anda dikehendaki menyediakan insurans kesihatan yang memadai buat diri anda dan anggota keluarga. Ertinya, insurans kesihatan yang memadai merupakan satu kewajipan selama pemegang visa berada di Australia.

Ada kemungkinan anda jatuh sakit atau tercedera dan memerlukan bantuan. OVHC menampung kos perubatan anda yang biasanya ditanggung oleh sistem Medicare jika anda penduduk Australia.

Sama ada anda ke Australia untuk bercuti, melawat keluarga atau sahabat, atau untuk bekerja, kami menyediakan OVHC yang memenuhi syarat 8501 untuk visa 482 Kekurangan Kemahiran Sementara (Temporary Skill Shortage) dan visa 485 Siswazah Sementara (Temporary Graduate).

Dapatkan Perlindungan Kesihatan mengikut Jenis Visa Anda

Kami menyediakan OVHC untuk beraneka visa yang layak. Pilih jenis visa anda di bawah.

OVHC for Working Visas

Visa 482, 485, 417, 188, 403, 407 dan banyak lagi.

Untuk anda datang bercuti ke Australia, atau untuk keluarga anda jika datang dari luar negara.

Kami menawarkan beraneka opsyen perlindungan yang sesuai dengan bajet dan keperluan kesihatan anda.

OVHC for Visiting Visas

Visa 600, 601, 651 dan banyak lagi.

Untuk anda datang bercuti ke Australia, atau untuk keluarga anda jika datang dari luar negara.

Kami menawarkan beraneka opsyen perlindungan yang sesuai dengan bajet dan keperluan kesihatan anda.

Siapakah yang dilindungi polisi OVHC?

 

Orang yang dilindungi polisi OVHC anda bergantung pada jenis polisi. Perakuan Insurans akan menerangkan jenis polisi yang anda beli. Kami menawarkan perlindungan untuk orang yang berikut:

Polisi Tunggal
Polisi tunggal melindungi pemegang visa utama sahaja. Polisi ini tidak melindungi tanggungan, suami/isteri atau anak-anak. Jika keadaan anda berubah, anda perlu mengemas kini polisi anda.

Polisi Keluarga Berganda
Polisi keluarga berganda melindungi pemegang visa utama dan sama ada suami/isteri atau pasangan de facto dewasa; atau seorang anak atau lebih yang berusia kurang 18 tahun.

Polisi Berbilang Keluarga
Polisi berbilang keluarga melindungi pemegang visa utama dan seorang suami/isteri atau pasangan de facto dewasa dan seorang anak tanggungan atau lebih yang berusia kurang 18 tahun.

Perkara-perkara lain yang anda patut tahu

  • Adakah OVHC insurans kesihatan swasta?
  • Perjanjian Penjagaan Kesihatan Salingan dengan Australia